Ahad, 3 Januari 2010

tahun baru menjelma

salam 165, salam kepada rakan2 bloges setelah sekian lame sy tida bercoretan di dalam ruangan ini, hari ini sy kembali menbuat coretan didalam blog ini..tahun 2009 sudah berlalu meningalkan kita, kini yg muncul adalah tahun yg baru iaitu 2010, adakah perjalanan hidup kita sepanjang tahun lalau sudah kita rakamkan didalam kotak filem hidup kita dengan penuh bermakna atau pun sebaliknya..

adakah setiap langkan perjalanan hidp kita di tahun lalu kita jalani dngan penuh bermakna?

adakah setiap amalan perbuatan kita sepanjang tahun lepas mendapat rahmatnya yang maha memberi rahmat kepada sekian alam ini?

adakah sepanjang tahun lalu setiap denyut nadi kita dan setiap darah yg mengalir dalam diri kita, kita hidupkan dengan memuji tuhan yg maha mencintai?

teman2 ku sekalian yg dirahmati dan dikasihi oleh tuhan yg maha mengasihi dan maha merahmati, tahun baru ini hadir adalah sebagai makna dan tanda cintanya allah kepada kita, allah memberi lagi kesempatan kepada kita untuk memperbaiki segala amalan perbuatan dan memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan kita sepanjag tahun yg lalu untuk kita melakukan yg terbaik dan meningkatkan amalan perbuatan kita pada tahun ini..

sesungguhnya allah yg maha adil itu menciptakan alam ini dengan penuh sempurna tanpa sedikit pun terdapat cacat celanya, oleh yg demikian duhai sahabatku sekalian lihatlah setiap ciptan ini dengan mata hati mu agar kau mampu meliht kebesaran yang maha agung in, supaya kita mampum mejadi manusia yg sentiasa bersyukur dengan setap nikmat yg allah berikan kepada kita..
semoga kedatangan tahun baru ini akan menjadi sinar baru dalam hidup kita untuk terus melagkah menuju kejayaan dunia dan akhirat..

visi dan misi untuk mencapai kesejahteraan dan kebahgian hidup dunia dan akhirat..
insyallah..

sala perjuangan dari saya satria 165..

Jumaat, 3 Julai 2009

selamat kembali....

salam 165, setelah sekian lama sy tidak menulis blog ini, alhamdulilah kali ini sy kembali lagi membuat coretan, alhamdulilah syukur setelah hampir 2 bulan bercuti kini sudah tiba waktu untuk kembali semula ke campus dan meneruskan kembali perjuangan untuk mengejar cita2 menjadi seorang yg berjaya insyaalah..em rindu rasanya kt kawan2 semua, em maklumlahka lama cuti..sy rasa perjalanan masa begitu cepat sampai x terasa cuti dah nak habis, mesti banyak benda yg dibuat sepanjang cuti sem ni kan, em x pelah yg penting buat benda2 yg ok ye, hu3 .. em akhir kata selamat dalam perjalanan pulang dan kita berjumpa minggu hadapan ye, salam perjuangan 165...

Jumaat, 22 Mei 2009

selamat bercuti.............

Salam perjuangan 165, sekarang ni masih lagi dalam keadaan cuti semester, ape la agaknya khabar berita sahabat2 ku yg senyap sepi tanpa khabar berita, sy doakan semuanya dalam keadaan sihat sejahtera semuanya..semoga cuti semesta yg panjang ini dapat digunakan dengan sebaik2nya dan dapat kembali ke campus dengan keadaan yg sempurna..sy rasa masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua sahabat2 seperjuangan dan semoga kita berjumpa lagi pada semester hadapan insyallah.. sampai disini sahaja coretan yg tidak seberapa ini..semoga berjumpa lagi dalam coretan yg akan datang..salam sahabat 165...

Rabu, 22 April 2009

good luck 4 final exam.....

salam perjuangan 165, alhamdulilah di kesempatan ini sy ingin mengucapkan all the best kpd semua rakan seperjuangan dalam menghadapi final exam.. sy doakan semoga mendapat keputusan yg cemerlang dan dimudahkan untuk menjawab soalan2 exam..insyallah berjaya sy doakan..akhir kata good luck...BE THE BEST AND TRY TO BE BEST AMONG THE BEST...salam perjuangan 165 wassalam...

Jumaat, 10 April 2009

achiving glorious moments.....

Salam perjuangan 165, pertama sekali sy ingin mengucapkan syukur kpd allah s.w.t kerana memberikan kesempatan kpd sy untuk mencoretkan dan berkongsi keseronokan dan kegembiraan sepanjang sy mengikuti pembelajaran outdoor pd sem ini..Yg keduanya sy ingin memanjatkan setinggi2, kesyukuran kpd yg maha esa, kerana alhamdulilah sy dapat mengikuti dan menjalankan 1st camp dan final camp dengan baik..sy merasakan sem ini amat bermakna bagi sy kerana banyak kenangan2 dan pengalaman yg sy dapat dalam sem ini terutamanya semasa mengikuti aktiviti outdoor..Di kesempatan ini sy ingin merakamkan setinggi2 penghargan dan ucapan terima kasih sy yg tidak terhingga kepada En. Hisyam kerana banyak memberikan tunjuk ajar dan memberikan ilmu pengetahuan mengenai outdoor, terima kasih sy ucapkan diatas segala tunjuk ajar yg direrikan dan sy mengharapkan En Hisyam menghalalkan segala ilmu yg diberikan, semoga allah merahmati En Hisyam..insyallah..sy merakamkan setinggi2 penghargaan juga kepada anggota PERLU diatas segala bantuan yg diberikan bagi melancarkan pergerakan kami untuk menjayakan program kami..terima kasih diucapkan..sy merakamkan setinggi2 penghargaan juga kpd rakan2 dari INSTED dan SHAH PUTRA kerana sudi bergabung tenaga dan masa untuk mengikuti program ni, segala pengorbanan dan bantuan yg diberikan akan sy kenang sampai bila2, dan sy mendoakan rakan2 semua berjaya dengan cemerlang hidup didunia dan akhirat..insyallah..dan yg terakhir sekali sy merakamkan setinggi2 penghargaan dan ucapan terima kasih kpd semua rakan2 sekelas seperjuangan sy yg sy rasakan dan sy anggap seperti keluarga dan adik beradik sy kerana di atas segala pengorbanan yg telah diberikan, terima kasih kerana membantu sy dalam semua hal bagi melaksanakan program ini dengan jayanya..terima kasih semuanya..ape yg sy dapat dalam sem ini adalah kami berjaya untuk menyatukan hati2 kami menjadi satu dan sy merasakan kami semakin rapatdan begitu akrap antara satu dengan lain..bagi sy aktiviti outdoor ini telah memberi peluang kpd kami untuk membentuk satu kelurga yg begitu hebat dan tahniah sy ucapkan kpd semua rakan2 seperjuangan kerana brjaya membentuk sebuah team work yg kuat, dan juga tahniah kepada semua kerana berjaya menjalan aktiviti ini dengan begitu baik..sy mengharapkan hubugan kita ini akan terus kekal dan terus kukuh..ingatlah segala pengalaman dan kenangan yg telah kita ukirkan sepanjag sem ini..secara keseluruhannya aktiviti outdoor memberikan inpak yg besar kepada semua yg mengikutinya..dan sy mendapat inpak yg begitu baik dan membina..sy rasa sampai disini sahaja coretan sy kali ini dan ini lah coretan sy yg menceritakan dan mencoretkan 1001 kenangan yg bermakna sepanjan seam ini..walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yg terpaksa kami harungi, tetapi ianya memberi kan pelbagai pengajaran dan pengalaman yg tidak terhingga..di kesempatan ini juga sy mengucapkan semoga berjaya untuk final exam yg akan dihadapi tidak lama lagi semoga berjaya..sekian dahulu dari sy sehinga kita bertemu lagi salam perjuangan 165 dari sy..wasaalam..BE THE BEAT AND TRY TO BE BEST AMONG THE BEST..

majlis penutup extremly-x camp.........

salam perjuangan 165, alhamdulilah bertemu kitta dalam blog burning spirit..baiklah kali ini sy akan menceritakan pengalaman dan hari terakhir sy bersama rakan 2yg lain di janda baik dan semasa majlis penutup berlangsung..alhamdulilah setelah hampir seminggu kami di janda baik kini tiba lah masa yg sangat dinanti nantikan oleh semua peserta iaitu hari untuk pulang ke kampung halaman..em macam biasalah sebelum kami pulang kami kemas semua dulu khemah2 yg telah kami dirikan dan membersihkan kawasan yg kami gunakan..em, setelah selesai proses pengemasan barang, kami menungu bas dan lori yg akan mengambil kami, tetapi agak malang lori yg sepatutnya sampai awal, tiba2 tidak sampai dan sampai lewat dari masa yg ditetapkan, tapi x pa yg penting kami semua pasti balik ..hu33..em pada jam 1.30 ptg lori yg kami tunggu untuk mengangkut barag akhirnya tiba, dan selepas selesai memgemas barang kami terus pulang ke shahlam. kami tiba kira2 jam 4 petang..alhamdulilah semuanya selamat sampai..em macam biasalah selepas camping kami kena la basuh dan kemas barang2 yg kami guna untuk di masukkan ke dalam stor, kami start ,kerjamengemas pada hari kami pulang iaitu pada hari jumaat petang sampailah ke esokan harinya iaitu hari sabtu tengahari, barulah kerja2 pengemasan barang selesai..kerja kami tidak habis di situ sahaja , kami kena buat majlis penutup pulak, barulah best dan gempak..yg best bagi sy dalam majlis ini sy menjadi MC pada majlis tersebut, mcm x percaya, hu3 nasib baik majlis dapat diselesaikan degan ok..hu33..dalam keseronokan ada juga kesedihan yg menyelubungi kami semua, kerana hari ini adalah hari terakhir kami semua bersama, setelah seminggu kami bersama mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran pelbagai kenangan pahit dan manis kami lalui bersama kini tiba hari perpisahan..lepas ini pelajar dari shah putra dan insted akan pulang ke tempat mereka masing2.. em, begitulah berakhirnya camping yg bagi sy mengukir seribu satu kenangan dan pelbagai pengalaman yg sy timba..em sy akan jadikan kenangan di janda baik ini sebagai kenangan yg terindah dalam hidup sy..em , dah macam liric lagu la pulak..huu33..em sekian sahaja coretan mengenai semua pengalaman yg sy dapat dalam final camp ini..sehinga berjumpa lagi di lain hari..sekian sahaja salam perjuangan 165...BE THE BEST ANN TRY TO BE BEST AMONG THE BEST...wassalam..

glorious survivor

Salam perjuangan 165..em, kali ni sy akan menceritakan pengalaman yg bagi sy begitu berharga di extremly-x camp iaitu semasa melakukan aktiviti survivor..selepas saja selesai melakukan aktiviti water rafting pada petang tersebut , kami terus besiap2 untuk melakukan aktiviti survivor..sebelum kami bersiap2 kami diberi sedikit taklimat mengenai peralatan yg kami perlu bawak untuk aktiviti survivor.. untuk setiap kumpulan kami hanya dibenarkan untuk membawa sehelai kain pelekat, sepasang telekung, senaskah yasin, sehelai sejadah, sebilah parang dan 2 botol air untuk dibawa bersama2 ..selepas itu kami balik ke khemah untuk persiapan diri..em selepas selesai semuanya kami turun semula ke tapak pengumpulan untuk menjalankan aktiviti tersebut..tapi macam biasalah sebelum kami meneruskan aktiviti, kami kena melapor dulu dekat pegawai yg bertugas pada hari itu..tapi yg paling best sekali, sebelum kami menjalankan aktivti tersebut kami kena denda dulu,coz ada la yg x kena petang 2..seperti biasa la denda yg kami dapat, ambil PFD dan apa lagi terjun ke kolam..em basah lencun kami, dibuatnya..hu33..selepas selesai je aktiviti menenda, kami diberikan sedikit bekalan untuk dibawa semasa 1 hari survivor..kami diberikan sedikit beras, gula, garam, kopi,tea, 5 batang mancis dan seketul kentang semua bahan2 tersebut diletakkan dalam meastin..em bayangkan la kami hanya dibekalkan dengan sedikit bahan2 tersebut sebagai makanan kami selama 1 hari kami di dalam hutan..em, selepas selesai semuanya kami terus dibawa ke tempat yg akan kami ditingalkan ..em perjalanan untuk ke tempat tersebut tidaklah jauh sangan sy angarkan perjalanan mengambil masa selama 20 minit..em kami tiba di tempat tersebut pada jam 8 malam ..dan kami terus ditingalkan di tempat tersebut.. apa yg membuatkan sy merasakan begitu mencabar sekali adalah kami ditingalkan di tempat yg begitu semak samun dan kami perlu membersihkan tempat tersebut untuk kami membuat shelter sebagai tempat kami berteduh..bayangkan dengan berbekalkan sebuah lampu picit dan sebilah parang kami terpaksa berganti2 untuk membersihkan yempat tersebut, terpaksalah sorang pegang lampu dan sorang lagi menebas kawasan tersebut.. memeng betul2 survivor sy rasakan..em, setelah kami selesai membersihkan kawasan tersebut kami, terus mencari kayu2 untuk membuat ungun api, ini satu lagi tugas yg begitu mencabar untuk menghidupkan api, kami hanya dibekalkan dgn 5 batang mancis sahaja..setelah berjaya untuk mengumpulakan kayu2 dan masalah besar belaku iaitu kami x berjaya lagi untuk menghidupkan api, hampir 3 jam kami cuba menhidupkan api tapi kami masih tidak berjaya lagi untuk menhidupkan api tersebut..sy rasa kami terpaksa untuk mencari alternatif lain untuk menghidupkan api, malam makin jauh dan cuaca pada malam tersebut agak sejuk ditambah lagi dengan memakai baju yg basah.makin sejuk rasanya pada malam itu..setelah berusaha untuk menghidupkan api, akhirnya kami berjaya menghidupkan api alhamdulilah..kami merasakan begitu penat dan kami terus tidur, tetapi berganti2 untuk sentry pada malam itu..pada keesokan harinya, kami sambung lagi aktiviti survivor..tapi pada pagi itu sesuatu perkara yg agak kelakar berlaku iaitu seorang sahabat kami boleh mengigau..em nasib baik dia x buat perkara yg bukan2 SHAHRIN, SHAHRIN, dalam hutan pun boleh mengigau,hu33 jgn marah..em, semasa dalam survivor perkara yg x boleh sy lupakan adalah semasa kami makan , kami masak nasi dgn hanya mencampur sedikit garam..tapi kami rasakan itulah makanan yg paling sedap dalam hutan..banyak benda yg sy belajar dan sy dapat dalam aktiviti ini, sy belajar untuk indipendent, bersyukur dan paling penting semangat setiakawan da kerjasama..ini lah pengalaman yg tidak akan sy lupakan sampai bila2 dalam hidup sy..em pada pukul 6.30 petang kami tamat melakukan aktiviti yg sunguh bermakna ini dan kami diambil semula dan kami pulang ke camp site..alhamdulilah selesai kesemua kami melakukan aktiviti rotation dengan selamat..dan tibalah masa yg kami nanti nantikan untuk pulang pada keesokan harinya..em begitulah cerita sy semasa dalam aktiviti survivor..setakat ini dulu coretan sy dan sy akan sambung lagi coretan sy dalam majlis penutupan ..em sekian sahaja salam perjuanga 165..wassalam

Khamis, 9 April 2009

aktiviti main air..rafting..

Salam perjuangan 165, alhamdulilah berjumpa lagi kita di ruangan ini, ok sy akan menyambung kembali coretan sy, kali ini semasa melakukan aktiviti water rafting, baiklah selepas kami selesai melakukan aktiviti low rope course pd paginya, dan pada sebelah petangnya pula kami menyambung lagi aktiviti rotatio kami kali ini kami melakukan aktiviti air pula..em, sebelum melakukan aktiviti macam biasa lah kami kena melapor dulu, kalau tidak x boleh lah main air..huu3..ok elepas selesai upacara melapor diri kami terus pergi ke tempat yg akan kami lakukan aktiviti tersebut..yg bestnya aktiviti ini, kami dikehendaki untuk membuat sebuah rakit dan kami diminta untuk membuat rakit yang paling POWER..em, kami hanya dibekalkan dengan beberapa batang buluh dan beberapa helai tali rafia untuk membuat rakin yg POWER..he33..tapi x dengan kepakaran jurutera2 kami akhirnya kami berjaya menyiapkan sebuah rakit yang begitu power dan laju..ha33..selepas selesai kami terus meletakkan rakit tersebut kedalam kolamdan tanpa membuang masa kami terus mengerakkan rakit kami..tapi yg paling kelakar semasa kami mengerakkan rakit kami, rakit kami hanya boleh bergerak secara mengundur, x tau kenapa x boleh bergerak kehadapan, tapi x pe mengundur pun mengundur lah yg penting POWER..hu33 itulah pengalaman yg paling kelakar semasa kami melakukan aktiviti main air buat pertamakalinya rakit hanya boleh mengundur sahaja dan x boleh bergerak kedepan..tapi yg penting kami semua puas melakukan aktiviti tersebut..em begitulah pengalaman yg dapat sy ceritakan kali ini, sy rasa setakat ini dulu coretan sy, sehinga berjumpa lagi selamat membaca..salam perjuangan 165..wassalam..

low rope course...lala..

salam perjuangan 165, alhamdulilah bertemu lagi dalm laman blog sy ini, dalam coretan yg lalu sy telah menceritakan menceritakan pengalaman sy dalam melakukan aktiviti camp craf dan mountain baiking, baiklah dalam pertemuan kita kali ini, sy akan coretkan pengalaman sy kali ini dalam melakukan aktiviti low rope course..pada hari kelima sy berada di extremly-x camp sy bersama kumpulan sy terus melakukan aktiviti rotation, kali ni kami melakukan aktiviti yang agak mencabar iaitu low rope course.Kami melakukan aktiviti ini pada pagi hari kelima iaitu pada hari rabu kami di extremly-x camp..Baiklah, macam biasalah sebelum melakukan ape2 aktiviti kami dikhendaki untuk melaporkan diri kpd pegawai yang bertugas pada hari tersebut..selepas saja selesai kami melaporkan diri kami kpd pegawai tersebut , kami terus dibawa oleh fesi2 yg menjaga aktiviti tersebut ke tempat yg akan kami lakukan aktiviti low rope course..em, perjalanan kami untuk ketempat aktiviti tidak la jauh sangat, tapi berpeluhlah juga berjalan..hee33..em sy kira kami perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 10 minit untk ketempat melakukan aktiviti..ok, setibanya kami di sana kami, dipterangkan dulu mengenai aktiviti ini..sebelum 2, sebenarnya kami telah mempelajari secara tiori aktiviti low rope course ini semasa kami di shah alam lagi dan baru lah hari ini kami akan melakukan secara praktikal pula..tu yang agak x sabar2 tu..ok, sy sambung lagi, kami diterangkan beberapa jenis halangan yg akan kami lakukan sebentar lagi, antaranya seperti, high postman wall, monky cross, swinging tayer , dan banyak lagi..em setelah selesai semua penerangan , kami diberikan tugas pula iaitu kami diminta untuk menyiapkan lagi 2 halangan yg belum selesai untuk kami melakukan aktiviti tersebut, kami diminta untuk memasang halangan jenis high postman wall dan juga swinging tayer..setelah mendapat tugasan apa lagi kami terus menyiapkan yugasan tersebut, sy pada masa tu menyiapkan swinging tayer, em agak ;etuh juga la hendak mengikat tali di atas pokok, em tapi x pa dengan kepakaran yg ada alhamdulilah sy berjaya menyiapkan tugasan dengan bantuan rakan2 yg lain..ok kini sampailah waktu yg dinanti iaitu masa untuk melakukan aktiviti..em mcm biasalah kaum hawa dululah yg buat melakukan aktiviti tersebut..lepastu barulah kaum adam pula..em, macam2 skill dan gaya yg keluar dari rakan2 untuk melalui halangan tersebut.hu3..tapi mereka semua POWER mereka berjaya melakukan aktiviti dengan cemerlang..em, bagi sy aktiviti ini menguji tahap keberanian dan confident level kita sama ada tinggi ataupun x..dan bagi sy aktiviti ini berjaya meningkatkan tahap confident level dan keberanian sy..alhamdulilah kami melakukan aktiviti dengan selamat dan tiada yg mengalami kecederaan..em ,selesai je aktiviti ni, kami terus pulang dan bersiap sedia pula untuk melakukan aktiviti yg berikutnya pada petang nya pula..em baiklah sampai disini sahaja coretan sy buat kli ini ,sy akan sambung kembali coretan sy di lain hari..sekian saja salam perjuangan 165 dari sy..wassalam..

Selasa, 7 April 2009

aktiviti rotation camp craf & mountain biking

Salam perjuangan 165, bertemu lagi alhamdulilah dalam blog sy ni..em minggu lepas sy telah menceritakan bagaimana sy melakukan aktiviti waterfall absealing dan pengalaman yg sy dapat dalam aktiviti tersebut, ok kali ini sy kan sambung kembali cerita sy kali ni sy akan menceritakan pengalaman sy melakukan aktiviti camp craf dan mountain baiking..Aktiviti ni kami lakukan pada hari yg sama kami melakukan aktiviti waterfall absealing, kami melakukan aktiviti ini selepas kami selesai melakukan aktiviti waterfall absealing pada sebelah pagi..Dan pada sebelah petangnya pula kami melakukan aktiviti camp craf dan mountain baiking, aktiviti ini kami bahagika kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama kumpulan gunung ledang dahulu yang melakukan aktiviti mountain baiking dan kumpulan sy kumpulan gunung kinabalu melakukan aktiviti camp craf, semasa kami melakukan aktiviti camp craf mcam biasalah kami dikehendaki mengemas kawasan perkhemahan dan kami juga dikehendaki menyiapkan minum petang..em bagi sy aktiviti ni adalah masa untuk kami berehat sebentar setelah sekian lama memerah tenaga melakukan aktiviti yg begitu mencabar..huu33..maklumlah aktiviti ini tidak mengeluarkan banyak sangat tenaga..huu3..ok baik, setelah kami selesai melakukan aktiviti di bahagian pertama, kami lakukan pula aktiviti di bahagian kedua..kali ni kami pula yang melakukan aktiviti mountain biking dan kumpulan gunung ledang melakukan aktiviti camp craf pula..em kami melakukan aktiviti mountain baiking ni kira2 jam 5 petang..em sebelum 2 kami diperkenalkan dahulu dgn anatomi basikal yang akan kami gunakan, penerangan tersebut telah diberi oleh fesi yg bertugas pada ari 2 iaitu En Khairulanam..ok setelah selesai penerangan tersebut, ha kini tibalah masa yg dinanti2kan,em agak2 ape..em naik basikal la, hu33..ok setelah selesai semuanya, kami terus melakukan aktiviti tersebut, em dalam aktiviti ni kami dibawa ke jalan yang betul2 berbukit , em barulah mountain baiking..hu33..em memang penat la aktiviti ni, sy mengayuh basikal sampai nak krem kaki la dibuatnya..hu mana x nya naik bukit yg kami naik lebih tinggi dari bukit tongek, bukit tongek pun x tinggi cam 2..hu33..tapi dah x tahan sangat kami sorong je la basikal 2, nak buat cam mana x larat nak kayuh basikal..tapi yang best masa turun bukit la, x penat langsung, tapi bahaya jugak la kalau x hati2 sy pun hampir2 terbabas masa turun bukit, tapi alhamdulilah sy dapat kawal basikal dengan baik..alhamdulilah..hu takut jugala kalau pape jadikan..em kami mengambil masa kira2 dalam 45 minit u ntuk menghabiskan aktiviti tersebut..alhamdulilah semasa melakukan aktiviti tersebut x da ape perkara yang x diingini berlaku semuanya selamat menjalankan aktiviti dengan baik..em walaupun penat tapi sy rasakan satu kepuasan apabila berjaya melakukan aktiviti ini dgn jayanya..yes...dan segala pengalaman dan ilmu yg sy dapat semasa melakukan aktiviti ni tidak akan sy lupakan sampai bile2..em baiklah sampai di sini sahaja coretan sy..em bukan coretan di kala senggang ye..hu33..tapi coretan pengalaman yg sy dapat dalam sepanjang sy melakukan aktiviti camp craf dan mountain baiking..em setakat ini sahaja insyallah sy akan sambung lagi coretan sy di lain hari..sehingga berjumpa lagi salam perjuangan 165..assalamualaikum..BE THE BEST AND TRY TO BE BEST AMONG THE BEST..

Rabu, 1 April 2009

waterfall absealing...

salam perjungan 165, bertemu lagi, kali ini sy akan menceritakan pula pengalaman dan apa yg berlaku semasa sy melakukan aktiviti waterfall absealing..pada hari ke-4 perkhemahan sy di janda baik, sy meneruskan lagi perjuangan sy untuk melakukan aktiviti yang setrusnya..kali ini sy bersama rakan2 yang lain dalam kumpulan besar tasik bera melakukan aktviti waterfall absealing..untuk melakukan aktiviti ni kami perlu berjalan kira2 30 minit untuk sampai ke air terjun dimana disitu tempat kami akan melakukan aktiviti ni. sy merasakan begitu tidak sabar untuk melakukan aktiviti ini kerana sebelum ni sy pernah buat absealing yang biasa dilakukan, tapi kali ni sy buat di kawasan air terjun, satu pengalaman baru yg belum sy pernah sy dapat sebelum ini. sy rasa begitu teruja untuk melakukan aktiviti ini..ok,kami memulakan perjalanan kami seawal jam 9 pagi, dan kami sampai pada jam 9.30 pagi di lokasi tersebut..setibanya di sana sy melihat air terjun yang sungguh cantik dan tinggi jugak la tempat yang sy nak melakukan aktiviti ini..sampai je disana kami, diasingkan mengikut kumpulan kecil untuk melakukan aktiviti ini..haa..yang paling best sekali sy menjadi orang yg pertama untuk melakukan aktiviti ni..pada mulanya takut jugak la, tengok tempat tinggi sangat, tapi x pe dgn berbekalkan semangat 165 sy beranikan diri untuk melakukan aktiviti ini..em masa di atas sy lihat air terjun begitu kuat, dan permukaan batu agak licin..sebelum sy turun sy berdoa kpd allah memohon diberikan keselamatan..em, seram jugak la nak turun, ok, dengan tanpa melengah2 kan masa sy terus turun, semasa turun pada mulanya sy agak kekok untuk mengawal imbangan badan tetapi sy bernasib baik sy x jatuh semasa melakukan penurunan..alhamdulilah..akhirnya sy selamat juga sampai di bawah..em, selepas sy selesai melakukan penurunan, orang kedua ialah DIN, yang kelakarnya, belum ape2 lagi dia dah jatuh masa nak melapor untuk turun .. nasib baik x ada pape yg berlaku..hu33..DIN2, kelakar la ko ni, tapi x pe sy tau DIN boleh melakukannya..huuu..akhirnya berjaya jugak din turun dengan selamat alhamdulilah walaupun banyak kali jugak dia tergelincir semasa nak turun..huu..dan seterusnya diikuti dengan rakan 2 yang lain sampai la selesai aktiviti waterfall absealing ni dijalankan..setelah selesai semuanya kami terus bergerak pulang..sy bersyukur kepada allah kerana semasa kami menjalankan aktiviti ini alhamdullilah tiada perkara yang tidak diingini berlaku..semuanya selamat melakukan aktiviti yg sy kira aktiviti yang merbahaya dalam final camp ini..em begitulah sedikit sebanyak pengalaman yang dapat sy coretkan semasa melakukan aktiviti waterfall absealing..sampai di sini sahaja pertemuan kita, sy akan sambumg lagi coretan sy di lain waktu dan masa.. sekian, salam perjuangan 165..wassalam..

Ahad, 29 Mac 2009

kembara...puas sudah ku memgembara..

salam 165, bertemu lagi dalam blog sy.. dalam coretan sy yg lepas sy telah menceritakan pengalaman sy menjalani aktiviti camp craf yg begitu mencabar..em , dalam coretan sy kali ini , sy akan menyambung kembali pengalaman yg sy timba dalam final camp, kali ni sy akan menceritakan pengalaman semasa melakukan aktiviti kembara..ok, setelah selesai kami melakukan aktiviti camp craf yang mengambil masa yg begitu lama, kami teruskan lagi perjuangan kami dalam aktiviti kembara, dalam melakukan aktiviti ini kami mengikut kumpulan kecil, kumpulan sy diberi nama kumpulan gunung kinabalu, pada jam 3 petang kami dilepaskan oleh fesi yg menjaga kami..em kami telah mendapat tugas untuk mencari rumah Pakcik Khalid..lepas dapat tugas apa lagi kami terus mencari rumah Pakcik Khalid, dalam kertas yg kami dapat ada tulis rumah Pakcik Khalid ni pernah masuk tv dalm iklan astro, so kami terus la cari , cari punya cari akhirnya sampai juga ke tempat yg dicari, sampai je kat sana kami mendapat tugasan untuk membuat kerja2 amal, kami disuruh menbasuh kereta dan menbersihkan laman kawasan rumah Pakcik Kahalid..seronok juga la buat kerja2 amal ni..hee3..lepas je siap kami meneruskan pengembaraan kami, kali ni kami diminta untuk mencari gerai makan Puan Hanita..em kalau nak tau Puan Hanita ni mak angkat abang jambu kita sapa lagi kalau bukan IZ..heee.. jgn marah ye..huuu..ok, tanpa membuang masa kami terus bergegas mencari dimana lokasi yg dimaksudkan, huu, agak jauh jugak la kedai Puan Hanita ni, kami berjalan dan terus berjalan akhirnya jumpa jugak gerai yang kami cari, sampai je di sana kami mendapat tugasan untuk membuat kerja2 amal, lagi sekali kami mendapat tugasan yg sama, kami di minta menbasuh kereta dan membersih kan dapur masakan gerai Puan Hanita..dapat je tugasan apa lagi kami terus je buat tugasan yg diberi dgn pnuh semangat, bukan semayat ye..heee..yg best nya di cek point ni, selesai je kerja2 amal kami, kami dihidangkan dengan makanan yg sunguh sedap, maklumlah dah berapa hari duduk dalam hutan kekurangan makanan kata kan..huuu33..ok selesai je kami makan , kami meneruskan lagi pemgembaraan, kami diminta pergi mencari kelinik untuk membuat tugaasan di sana..sampai je ke cek point di klinik, malangnya klinik yang kami pergi sudah tutup, dan kami meneruskan perjalanan kami ke cek point yg seterusnya, kami diminta untuk pergi ke sebuah sungai, setibanya di sana, kami diarahkan untuk masuk ke dalam sungai dan membuat apungan, aktiviti di cek point ni yg paling best sekali, coz dapat main air..huu3..ok, habis je main air kami diberi tugas lagi untuk pergi ke sebuah pondok bas untuk berjumpa dengan seseorang yg kami tidak kenali..sampai je disana kami dikhendaki untuk meneruskan lagi pengembaraan kami untuk pergi ke chek point yang terakhir iaitu mencari bengkel besi dan berjumpa dengan paklang..akhirnya kami sampai juga ke chek point yg terakhir..sampai je disana kami terus berjumpa dgn paklang dan paklang beri kami tugasan untuk membuat strecture dgn mengunakan buluh yg disediakan..dalam beberapa jam akhirnya kami berjaya membuat strecture yang paling POWER sekali.. kami rase belum ada lagi yg buat rekaan seperti yg kami bua ni..selesai je buat strecture..kami diminta menbawa rekaan kami untuk dinilai oleh instructur yg bertugas..setelah siap semuanya kami melapor diri untuk memberitahu kami semua selamat sampai dan selamat menjalankan pengembaraan yg sungguh mencabar ini..pengembaraan kami bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 10.30 malam..bayangkan la 7 jam setengah kami mengembara..walaupun penat kami mengembara tetapi banyak pengalaman yg kami dapat dalam pengembaraan ini..bagi sy ini la pengembaraan yg paling best dalam final camp...em sy rasa setakat di sini dulu coretan sy buat setakat ni, insyallah sy akan sambung lagi coretan sy dengan pengalaman dalam melakukan aktiviti yg lain sepanjang final camp yg lepas..em sampai di sini saja, sehinga bertemu lagi, salam perjuangan 165..asalamualikum..

Rabu, 25 Mac 2009

Bermula perjuangan sebenar....

salam 165, bertemu kembali, em baiklah sy akan menyambung kembali coretan sy ini, ok selepas seharian diquarentinkan, kini tiba la hari yg ditungu2 oleh semua peserta final camp extremly-X..hari sabtu bersamaan 14hb 3. 2009 bermulalah perjuangan sebenar, kami bersiap seawal 5.30 pagi lagi ,kami membersihkan diri dan bersiap2 untuk sembahyang subuh berjemaah,setelah selesai kami semua berkumpul di dataran kenanga untuk melakukan senaman yang dipimpin oleh fesi2, pada pagi tersebut hujan turun renyai 2 ini petanda yag baik, bagi sy allah menurunkan rahmat kepada kami semua..em setelah selesai semuanya kami bersarapan bersama2 sementara menungu bas yang akan membawa kami kedestenasi tiba..pada jam 9 pagi, kami semua bertolak ke destinasi yang kami tuju, perjalanan kami mengambil masa kira2 2 jam, dan kami tiba ke destinasi kira2 jam 11 pagi, alhamdulilah kami tiba dengan selamat..em, setibanya di sana, em macam biasalah kami diarahkan untuk berkumpul, untuk mendengar sedikit taklimat, dan selepas habis taklimat, tibalah sesi penyerahan barang2 peribadi kepada fesi2, macam2 barang yang diserahkan kepada mereka hingalah kami dibenarkan membawa, sabun, berus gigi dan ubat gigi itu je yang dibenarkan untuk kami bawa sepanjang camp tersebut..ok, selesai semua sesi penyerahan barang, kami semua bergerak ke tapak perkhemahan yang kami akan dirikan khemah, setibanya kami sampai, subahanallah, sy lihat kawasan sekeliling dipenuhi denga lalang, dalam hati sy berkata, macam mana nak buat khemah kat sini, dengan keadaan yang semak samun berbukit, tapi dengan semangat perjuangan 165, sy berfikiran positif sy berkata nothing imposibel, semuanya boleh disetelkan..hu33..ok. selepas itu, bermulalah aktiviti yang pertama dalam finel camp ni, cube teka..he33.. apa lagi aktiviti camp craf la.hu33..untuk aktiviti ini, banyak kerja yang perlu dilakukan, tetapi kami telah membahagi2kan tugas masing2, sy mengambil tende untuk buat khemah dapur, dan yg lain2 ada tugas mereka masing2, ada yang ambik tende buat khemah pusat, khemah peralatan , khemah jenerator, dan tende yang paling mahal untuk camp ni adalah buat tandas dan bilik air, tapi x pe kita apa pakar yang buat tandas, siape lagi kalau bukan abg botak kite Alip la, sape lagi..hu33.. jgn marah ye..he33..ok, proses pembuatan dan pembinaan semua khemah2 ni mengambil masa yang lama, kami bekerja sampai malam dan dibawa ke pagi tapi masih x siap2 lagi, pada malam tersebut hujan turun dengan lebat, membuatkan kami sukar untuk melakukan kerja kerana kesejukan...aktiviti camp craf ni kami sambung keesokan harinya iaitu hari ahad bersamaan 15hb 3. 2009.. pada pagi ahad tersebut kami, mulakan dengan aktiviti, selamat pagi MALAYSIA, dan selepas itu kami diberi sarapan dan selepas selesai, kami sambung kembali aktiviti camp craf..kami mulakan aktiviti, kira2 jam 9 pagi dan malangnya aktiviti kami ni x berakhir2.hu3..banyak benda yg x sempurna, kami lanjutkan aktiviti kami sampai malam, dan pada malam tersebut sy, bersama ayed, yazid, kak lin dan nadia, kami brtungkus lumus mengali lubang sampah, sampai ke pagi kami gali lobang sampah akhirnya selesai jugak kami gali..hu33..bagi sy inilah pengalaman yg berharga dan kenangan yg x dapat di lupahkan dalam aktiviti camp craf, memang best dan seronaok walaupun penat..hu33..aktiviti camp craf kami ini kami lanjutkan sampailah kehari yang ketiga, hari isnin 16hb 3. 2009..pada hari ini sy mendapat satu tugasan yang mencabar, sy diarahkan untuk mengecilkan khemah dapur dan membuat khemah peralatan di tempat yg sama, khemah dapur yg kami buat sebelum ni memang besar mengalahkan kemah pusat kalau di lihat..hu33..tapi alhamdulilah dgn bantuan dari kawan2 kami akhirnya berjaya membahagikan khemah peralatan dan khemah dapur dengan jayanya..alhamdulilah..pada keseluruhanya aktiviti camp craf ini mengambil masa yang begitu lama, bayangkan la sampai tiga hari kami ambil masa untuk menyiapkan aktiviti ni..memang dahsyat, hanya kumpulan kami je yang buat camp craf sampai tiga hari..hu33.. tapi sy ucapkan tahniah kpd semua kawan2 seperjuangan kerana berjaya melakukan aktiviti ini dengan jayanya..em sy rasa sampai disi saje coretan sy kali ni, insyallah sy akan sambung lagi dengan banyak lagi coretan mengenai aktiviti yg telah sy lakukan sepanjang finel camp ari tu..em insyallah sehinga bertemu lagi..salam perjuangan 165..BE THE BEST N TRY TO BE BEST AMONG THE BEST..asalamualaikum

hari pertama quarentin....

salam, 165, bersua lagi dalam blog sy, em ok, ha kali ni sy akan ceritakan pengalaman yg sy dapat mase hari pertama kami di quarentinkan..em mesti korang dah x sabar nk dengar kisah pengalaman yg sy dapat kan, ok kali ni sy akan ceritakan..em hari pertama kami dikumpulkan memang agak membosankan, mana x nya kami disuruh untuk berkumpul di kolej kenanga pada jam 2.45 ptg..hu33..em ari tu gak kami buat majlis perasmian camp kiteorang..pada mulanya planing asal majlis perasmian ini mula pada jam 3 ptg tapi biasela janji jawa kul 4ptg baru start majlis..hu33 lame gak kami tungu bile nak start majlis ni..tapi sy agak bangga la coz buat pertama kalinya kolej shahputra n kolej insted bersama2 kami berkumpul dalam satu majlis...start dari petang tu kami jadi satu team yang besar tuk meneruskan perjuangan menempuh final camp yang mencabar..em ok sy sambung balik cerita..em lepas habis perasmian kami diarahkan untuk berkumpul di dataran kenanga biasa la dengar taklimat ape yg nak di buat lepas ni..ok, lepas selesai taklimat kami dibahagikan mengikut kumpulan besar dan kecik, nak di jadikan cerita sy dapat satu kumpulan dengan din, eqa,zul, janah, n shahrin tuk kumpulan kecik n kumpulan besar sy dapat satu kumpulan dengan abg botak 2 sape lagi saudara alip la, hu33,..memang best la dapt satu team dgn diaorang, lagi2 dgn abg botak kite ada je benda pelik yg nak dibuatnya..hu22..ok lepas tu kite orang diberi tugas tuk siapkan barang2 yang x siap lagi n beli barang2 yang x ada..ok selesai semua kami berkumpul semula dalam satu team besar, kami disuruh buat satu sorakan untuk team kami,,ha22 biase la kalau hal sorak menyorak siape lagi kalau bukan abang botak kite alip dia memang pakar dalam bab ni..ha33.. ok2 , habis je cari ilham buat sorak akhirnya kami dapat satu sorak yang POWER, ha lepas tu kami kene present lak dengan instructur yang ada pada ari tu, fuyo, memang power la sorak kite orang sampai nak runtuh UiTM, rasenya..haa22..em rasenya habis tuk aktiviti petang 2..ok, pada malam nya, selepas selesai solat maghrib kami berkumpul semula di dataran kenanga, em aktiviti malam tu kira macam ice breaking la, kami dikenalkan dengan semua barisan fesi2 yang akan bersama2 dalam camp kitorang nanti..n lepas je habis fesi2 kenalkan diri mereka, giliran kami lak untuk perkelankan diri kami..habis je semua sesi perkenalan, ha, sampai la waktu yang di tunggu oleh semua peserta, iaitu aktiviti mengangkat barang ke lori, em aktiviti ni bg sy agak letih gak la coz banyak barang yang nak di angkat tuk masuk dalam lori, tapi atas bantuan semua kawan2 kerja ni jadi mudah dan x memenatkan.. tugas sy ari tu sy kena cek semua alatan dan barang2 supaya semua alatan2 tu di angkut dalam lori, sy kene semak satu persatu semua barang tu,em sy rase dalam kul 1 pagi aktiviti ni abis..lepas je selesai, kiteorang dapat la rehat, sebelum tu kami di beri sedikit taklimat gambaran mengenai tempat yang kami nak pegi n kami diberikan tugas ape yang nak di buat setelah sampai di sana, taklimat tersebut di sampaikan oleh biro penempatan iaitu, saudara edy n darlin..ha lepastu baru la kami diberi rehat..tapi malam tu kami kena buat sentery, tapi x pe kiteorang buat mengikut kumpulan by kumpulan...haha22,, kumpulan sy dapat yang awal,so kami,dapat la rehat lame sikit..hee..em, sampai di sini saje aktiviti yang kami buat sepanjang hari pertama quarentin..em sy rase stakat di sini saje coretan sy tuk permulaan ni, insyallah sy akan sambung lagi cerita saya di bahagian yang kedua..hee3..sehinga berjupa lagi..salam perjuangan 165..selamat membaca coretan sy..asalamualaikum...

Selasa, 24 Mac 2009

pengalaman oh pengalaman

salam 165 berjumpa lagi dalam blog ini, em kali ni sy nak coretkan sedikit pengalaman yg sy dapat dalam final camp lepas..macam2 pengalaman yg sy dapat tpi dalam bnyk 2 pengaaman ada satu pengalaman yang amat menyeronokan dan x dapat sy lupakan smpai bile2..tpi sy x nak cite skrang coz x best la cite skrg em klau nak tau tungu la ye coretan sy yg akan datang, sy akan ceritakan semua pengalaman dan kisah2 yang berlaku dalam camp janda baik ari tu..kalu nak tau tunggu...heee.. ok la ye salam peruangan 165..wassalam

Ahad, 22 Mac 2009

alhamdulilah

salam 165, bertemu lagi dalam blog ini, bersyukur kepada allah s.w.t alhamdulilah, kerana sy dan rakan2 yg lain dapat menjayakan dan menamatkan final camp ini dengan jayanya alhamdulilah syukur..insyallah sy akan menceritakan pengalaman yg sy dapat sepanjang final camp yg lepas.. bnyak cerita suka dan duka sepanjang seminggu yang lalu insyallah sy akan kongsikan bersama2 dalam coretan yang akan datang..alhamdulilah lagi skali sy ucapkan kpd tuan yang empunya dunia..sehinga kita bertemu lagi..salam perjuangan 165..allahhuakbar..

Isnin, 9 Mac 2009

Renungan

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi mengasihani, segala puji allah tuhan sekian alam..segala apa yang berlaku kepada diri kita dan yang berlaku di atas muka bumi ini adalah kerana kehendak ALLAH S.W.T.. oleh itu kita perlu reda disetiap segala apa yang allah berikan di atas diri kita ini, kita banyakan berdoa dan bertasbih keatasnya memohon kerahmatan dan keredaanya, semoga hidup kita mendapat keberkatan darinya kita memohon kepada allah supaya di ampunkan segala dosa2 yang kita lakukan selama ini, dan kita mengharapka keampunan darinya..kita berdoa juga supaya kita ditempatkan di syurga dan dapat bertemu dengannya..insyallah.. seluruh makhluk dan alam semesta ini semuanya bertawaf dan bertasbih kepada ALLAH S.W.T..begitulah kebesaran dan kekuasaan allah di setiap apa yang ada di atas muka bumi ini dan di seluruh alam semesta..jangan lah kita sombong diatas muka bumi ini, janganlah kita sombong kepada allah,kerana allah tidak suka kepada orang2 yang sombong dan allah melaknat orang2 yang sombong..sesunguhnya allah maha pengasih dan maha penyanyang..

sinar maulidulrassul

Salam perjuangan 165, hari ini 9.3.09 bersamaan 12 rabiulawal, adalah hari yg paling istimewa kepada seluruh umat manusia, kerana hari ini adalah hari kelahiran nabi junjungan kita iaitu NABI MUHAMMAD S.A.W.. banyakan berselawat keatas baginda junjungan kita dan kita hadiahkan al-fatihah kepada baginda sebagai bukti cinta dan kasih sayang kita kepada baginda..sesunguhnya baginda amat mengasihi dan meridukan umat2 nya..semoga segala perbuatan dan amalan kita diterima oleh allah s.w.t dan kita mengharapkan kita mendapat syafaat dari baginda dan kita mengharapkan juga kita dapat berjumpa kekasih allah itu di hari akhirat kelak..insyallah..allahhuma soliala saidina muhammad, waala ali saidana wamaulana muhammad...

tiori rope course & proses pengemasan

salam 165, berjumpa lagi kita dalam blog ini, alhamdulilah bershyukur kpa allah, em kali ini sy nak berkongsi sedikit cerita mengenai persiapan final camp, em sebelum 2 sy nak menceritakan juga pelajaran yg telah sy pelajari 1 lagi ilmu yg baru sy dapat iaitu sy telah belajar mengenai rope course, em tapi kali ini sy dan rakan2 yg lain hanya belajar secara tiori sahaja dan kami akan mempraktikan rope course ini semasa di final camp yag akan kami hadapi pd hujung minggu ni insyallah..ok , sy teruskan dgn cerita sy, sebenarnya kami telah mulakan proses pengemasan dan pemereksaan barang final camp ni sejak minggu lepas lagi, bnyk benda dan bararang2 tuk final camp ni yg kami perlu bawak sebenarnya, tapi x pa kami cuba sikit2.. yang palik teruk semasa kami mengemas khemah, kami dapati khemah kami, ada orang guna, kami cek2 khemah tersebut subahanallah, sangat teruk sekali, ada yg pole khemah patah, dan ada yang lain2 saiz fly sheat,kami x tau la sapa yang guna khemah kami ni, tapi x pe la kami dah setting semula semua khemah kami, sy harap x da lagi la yg guna khemah kami smpi teruk mcm ni..em,insyallah kami akan smbung lagi pengemasan kami pda minggu ni.. sy rasa smpi di sini saja coretan sy kali ni, sy akan smbung lagi coretan sy di lain masa..salam perjuangan 165..

Isnin, 2 Mac 2009

coretan tengahari...

Salam perjuangan 165, berjumpa lagi, em final camp dah nak dekat, tingal kurang dari2 minggu lagi, sy merasakan x sabar rasenya nak mengikuti fainal camp ni, dari pengalaman 1st camp lepas banyak kekurangan yang ada pada sy , insyallah tuk final camp ni sy akan buat yg terbaik, kepada rakan2 seperjuangan, wakeup perjuangan kita belum selesai lagi..jangan pandang belakang lagi......huuu..

Banyak benda yg belum kita buat tuk final camp ni, sy harap, kita ada masa kurang dari 2 minggu ni, kita selesaikan apa yang x selesai lagi, bantu rakan2 kita yang lain,insyallah kita akan berjaya..bak kata pepatah..ape yang penting..kerjasama..

sy rase 2 je yng nak diceritakan tuk kali ni, insyallah kita jumpa lagi..assalamualaikum...

Ahad, 1 Mac 2009

ucapan penghargaan...

Salam 165, berjumpa lagi dalam blog ini, kali ni sy ingin memberi penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti berkayak yang dijalankan minggu lepas. firstly, sy mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Hisyam serta anggota PERLU kerana memberi kesempatan kepada sy dan kami semua untuk menjalankan aktiviti berkayak pada minggu lepas dan memberikan ilmu pengetahuan kepada kami semua, terima kasih sekali lagi di ucapkan.seterusnya terima kasih di ucapkan kepada rakan sy EQA dan LEHA kerana sudi menjadi partner sy semasa menjalankan dan melakukan aktiviti ini, dan juga memberikan kerjasama yang amat baik kepada sy, sy juga ingin memohon maaf kepada mereka sekiranya ada melakukan sesilapan sepanjang aktiviti ini dilakukan, maklumlah sy budak baru belajar, kalau ada salah silap harap di maafkan la ye..heee.. akhir sekali sy mengucapkan terima kasih kepada semua rakan2 sy kerana memberikan komimen yang amat baik dari mula sesi pengangkutan barang, semasa aktiviti dijalankan hinggalah ke sesi pengemasan dan penyimpanan barang, terima kasih diucapkan kepada semua sekali lagi.. sebenarnya sy berasa begitu gembira kerana sekarang ini kami sudah semakin rapat dan kami sudah ada satu family yang begitu kuat dan hebat, sy berharap dan mengharap kita akan semakin rapat dan hubungan kita ini akan terjalin dengan baik insyaalah..akhir sekali sy menguapkan good luck kepada semua rakan2 sepejuangan untuk fainel camp yg akan kita hadapi kurang dari dua minggu lagi.. akhir kata dari saya BE THE BEST AND TRY TO BE BEST AMONG THE BEST..salam perjuangan 165 dari saya..WASSALAM....

aktiviti berkayak......

Salam165, bertemu lagi kita di blog burning spirit, kali ni sy akan berkongsi lagi pengalaman yg telah sy dapat pada minggu lepas, alhamdulilah pada minggu lepas, sy bersama rakan 2 yang lain selamat menjalankan dan menjalani aktiviti berkayak, banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan mengenai berkaya yg sy dapat dalam menjalankan aktiviti ini. bagi sy aktiviti ini amat menyeronkkan dan begitu mencabar, aktiviti yang paling mencabar yang kami lakukan semasa berkayak adalah semasa menyelamatkan diri semasa kayak terbalik, dalam aktiviti ini kami telah di ajar untuk bagaimana menyelamatkan diri seperti self rescue, dan x rescue, alhamdulilah semasa melakukan aktiviti ini, tiada sebarang kecederaan dan perkara yg tidak diingini berlaku bersyukur kepada ALLAH...em , walaupun penat, tetapi bagi sy aktiviti ini amat menyeronokan dan begitu membina semangat dan keberaniaan diri, akhir kata dari sy sesiapa yang belum dan tidak pernah melakukan aktiviti berkayak ini sy mengesyorkan pergilah berkayak, kerana anda akan mendapat satu kepuasan dan pengalaman yang begitu hebat.. saya rasa sampai disini saja coretan sy kali ni, sehingga bertemu lagi dalam burning spirit.. salam perjuangan 165...BE THE BEST AND TRY TO BE BEST AMOMG THE BEST...






Khamis, 19 Februari 2009

pengalaman baru...

salam 165, bertemu lagi kita di blog ini, kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman baru yang saya dapat minggu ini, em, hari isnin yg lalu 17 hb saya dan rakan2 yang lain melakukan satu lagi aktiviti yang bagi saya agak best, em, kami melakukan aktiviti abseiling. alhamdulilah dalam keseronokan melakukan aktiviti ini tidak ada berlaku sebarang masalah yang tidak di ingini alhamdulilah..lokasi kami melakukn aktiviti ini bertempat di bukit belakang pool uitm, kalau you all tengok bukit tu agak tinggi gak la, kalau tengok dari atas gayat gak la..hu3..em , hari tu kami dikenalkan dengan alatan2 yang akan kami gunakan untuk melakuka aktiviti itu, alatan yang diperlikan seperti, tali kernmentel, hemet, figure 8, carabiner, slings, dan harness..

Yang bestnya untuk aktiviti ini saya menjadi sebagai demo untuk melakukan aktiviti ini, mula2 agak malu gak kene jadi demo, tapi lame2 dah x malu dah lepastu, ha3..mase jadi demo sy ena la tunjuk cara2 dari mula nak pakai alatan smpai la cara2 nak turun bukit tu,, best gak la jadi demo ni, hu3..lepas siap semuanya kami semua di bahagi kumpulan untuk melakukan aktiviti yang seterusnya, kali ni baru betul2 turun bukit yang tinggi, mase nak turun pelbagai gelagat yang keluar dari kawan2 yang lain ada yang pucat, ada yang mengigil dan ada yang nak terkencing, lawak betul la kalau difikirkan2 balik , makluml;ah baru 1st time nak buat abseiling, ha3.. tapi keseluruhan semua ok.. em smpi di sini la coretan sy tuk kali ini.. salam perjungan 165 dari saya..

Isnin, 16 Februari 2009

Bermula prjuangan 1st camp......

Salam perjuangan, alhamdulilah bertemu lagi, dalam blog sy..sy akan menyambung kembali coretan sy, pada hari sabtu 7. 2 .09 bermulalah perjuangan kami , dari awal pagi lagi kami telah melakukan aktiviti, sebelum pergi ke tapak perkhemahan, kami mengeluarkan kesemua barang yg telah kami masukan kedalam lori dan kami alihkan kesemua barang2 tersebut ke dalam bas yang kami naiki, separuh dari barang2 kami muatkan di dalam bas studern dari insted, yang tiba pada awal pagi, pada 1st camp ini kami telah bergabung dgn pelajar dari insterd. ok setelah selesai kesemua kerja penyusunan barang kedalam bas, tepat pada jam 9 pg kami bergerak ke tapak perkhemahan iaitu di Taman Pertanian Bukit Cahaya. setibanya kami di sana kami terus menurunkan barang2 dan terus membawa ke tapak yang mana kami akan mendirikan khemah iaitu di pangil camp site. tanpa berlengah kami terus memulakan aktiviti yg pertama iaitu camp craf iaitu aktiviti mendirikan khemah, kami telah membahagi2 kan tugas2 untuk mempercepatkan proses mendirikan khemah. setelah selesai melakukan aktiviti yang pertama pada petangnya pula kami terus melakukan aktiviti yg seterusnya, tetapi kali ini kami telah diberikan jadual untuk melakukan aktiviti mengikut kumpulan yg telah diberikan. sy telah dimasukan kedalam kumpulan no3, dan kumpulan sy akan melakukan aktiviti orentering. bagi sy aktiviti ini amat menyeronokan walaupun agak penat tetapi ianya memberikan kepuasan kepada sy, walaupun sy tidak dapat menjumpai 1 shj cek point, tapi sy dapat juga menghabiskan perjalanan dgn mengikuti jalan yang betul..pada malamnya pula kami telah melakukan aktiviti ice breaking dan solo walk, tapi kali ini kami melakukan aktiviti ini bersama2 kunpuman besar. asktiviti solo walk memberikan banyak pengalaman kpd sy apa yg sy dapat dalam aktiviti ini sy belajar erti keyakinan diri dan dapat memupuk semangat keberanian dalam diri..alhamdulilah selesai sudah 1 hari kami menjalankan aktiviti pada hari pertama dgn penuh keseronokan.. pada hari kedua iaitu 8.2.09.. kami meneruskan lagi perjuangan yang belum selesasi dan banyak lagi yg perlu kami tempuhi, kami mulakan mukadimah aktiviti pd pagi itu dengan melakukan senaman erobik, selepas selesai kami meneruskan lagi perjuangan dgn melakukan aktiviti mengikut kumpulan, kali ini kumpulan sy melakukan nevigation, tapi malang bagi saya dan team kami tidak dapat menjumpai arah yg dibuat oleh kumpulah kak lin. tapi kami tidak kecewa kami terus mencari tetapi tidak jumpa juga. tapi tak pe sy rasa puas walau tidak jumpa kami tetap berusaha untuk mencari penyelesaiannya.. seterusnya pada sesi petang pula kami melakukan aktiviti camp craf dan kami diberi tugas untuk menyenlengara khemah dan menyediakan makamn petang dan malam.. setelah selesai kesemua aktiviti pada belah sian kami menyambung lagi pembelajaran kami pada waktu malam dgn mengikuti kelas 1st aid yang diajar oleh En. Mazlin, kami telah diajar bagaimana untuk menberikan pertolongan cemas kpd orang yg memerlukan. kami telah diajar bagaimana untuk memberi CPR, dan mempelajari serba sedikit bagaimana untuk membuat rawatan yang pertama seperti DRABC dan RICE..selesai sudah kesemua aktiviti pd hari kedua, kini tibanya hari yang terakhir iaitu hari isnin 9. 2.09, untuk kami melakukan aktiviti yang terakhir, seperti biasa kami memulakan aktiviti pada pagi tersebut dengan melakukan senaman erobik dan kali ini agak lain sedikit kami menyelitkan sedikit permainan untuk memberikan keseronokan kepada semua peserta.. setelah selesai kami meneruskan lagi perjuangan kami yang terakhir dalam 1st camp ini, bagi kumpulan kami aktiviti yang terakhir kami ikuti adalah blind trail, dalam aktiviti ini kami dikhendaki menutup mata dan berjalan dgn memegan tali sebagai pemandu arah, semasa melakukan aktiviti ini sy mengalami sedikit kecederaan di bahagian lutut akibat melangar tembok sy kira, semasa menempuhi dan mengharungi jalan yang penuh dgn kegelapan..tapi sy kuatkan semangat dan teruskan perjalanan untuk merasai makna dan erti disebalik apa yang ada dalam aktiviti blind trail ini. akhirnya sy berjaya juga menamatkan aktiviti ini dgn selamat walaupun sy mengalami kecederaan, bagi sy kecederaan bukan penghalang untuk menamatkan aktiviti ini..apa yg sy dapat daripada melakukan aktiviti ini, sy merasakan bahawa betapa susahnya dan sakitnya kepada 0rang buta untuk melakukan aktiviti seharian mereka dengan tidak dapat melihat, dan hanya bergantung kepada sebatang tongkat untuk berjalan dan sebagai pandu arah mereka, dan sebaliknya bagi sy hanya mergantung kepada seutas tali yg dijadikan sebagai pandu arah.. di sini sy dapat lihat bahawa beruntung dan bersyukurlah kepada sesiapa yang diberikan keistemewaan pancaindera iaitu diberikan penglihatan dan jagalah anugerah itu dengan sebaik2nya..alhamdulilah selesai sudah kesemua aktiviti yang kami perlu ikuti dan dijalankan. kini kami semua bersiap 2 dan mengemas semula tapak perkhemahan dan kami membukak semua khemah yg telah kami dirikan selama 3 hari perkhemahan ini.. setelah selesai semua, kini berakhirlah 1st camp WONDER CAMP kami yg telah di tutup secara rasmi oleh pegawai pengiring kami iaitu En Firdaus.. alhamdulilah, sy bersyukur kami dapat menjalankan 1st camp ini dengan jayannya dan dgn selamat alhamdulilah bersyukur kepada allah..selepas ini kami akan menghadapi 1 lagi perkhemahan, iaitu perkhemahan yang sebenar diberi nama final camp, dan 1 st camp ini adalah persediaan bagi kami menghadapi cabaran yang sebenar di final camp nanti..di sini sy ingin mengucapkan tahniah kepada semua rakan2 sy studern part 2 sr113 kerana berjaya mengharungi cabaran 1 st camp dengan cemerlang, dan sy ucapkan selamat berjaya untuk final camp yg akan tiba tidak lama lagi..sekian sahaja coretan sy kali ini, sehinga kita berjumpa lagi, wassalam..BE THE BEST AND TRY TO BE BEST AMONG THE BEST..

lording barang.

salam persahabatan, alhamdulilah kita bertemu kembali, kali ini sy akan berkongsi sedikit pengalaman yg telah sy lalui sebelum sy bersama rakan2 sy mengikuti 1st camp yg pertama kami. alhamdulilah ,seperti yg kami rancangkan semua kerja2 persiapan barang2 yg terakhir telah kami siapkan, pada hari jumaaat 6. 2 .08 pada jam 4 ptg kami semua telah di quarentin di stor kolej kenanga sebelum kami pergi ke tapak perkhemahan pd keesokan harinya. alhamdulilah pada petang itu kami bekerjasama memasukan semua barang2 peralatan kedalam lori yang telah kami seewa untuk mengangkut semua baran2 ke tapak perkhemahan pada keesokan harinya. setelah selesai kesemua kerja, kami mendapat satu berita yang tidak baik iaitu lori yg kami sewa tidak dapat menghantar barang2 kami ke tempat perkhemahan.kami berasa kecewa kerana segala persiapan telah kami lakukan semua barang telah kami masukan tetapi last minit lori yang kami sewa tidak dapat digunakan. tapi tak pe, kami berbincang semula sambil di bantu fesi2 yang ada di situ, alhamdulilah setelah berbincang kami telah mendapat kata putus kami akan membawa kesemua alatan dan barang 2 keperluan tersebut dgn mengunakan bas yg kami naiki. bagi sy ini adalah dugaan yg perlu kami hadapi untuk mencapai kejayaan..em sy rasa sampai disini shj coretan sy, sy akan mennyambung lagi coretan sy di lain waktu.. wassalam.

Khamis, 5 Februari 2009

persiapan terakhir....

salam, bersua lagi dalam blog sy , mingu ini adalah mingu yang terakhir bagi kami untuk melakukan pemereksaan terakhir bagi persediaan untuk 1st camp hujumg mingu ini, alhamdulilah segala peralatan yang kami akan gunakan semasa camp ini hampir sempurna insyallah sebelum kami bertolak segala kelengkapan akan siap sepenuhnya. bagi sy sendiri biro aktiviti, semua peralatan yang diperlukan semasa melakukan aktiviti di sana sudah hampir 100% sempurna cuma ada beberapa peralatan yang perlu ditambah. so far setakat ini tiada alhamdulilah segala kelengkapan yang diperlukan ada dan sudah siap di peking. sy rasa ini sahaja yg dapat sy kongsikan berkaitan progress yang telah kami lakukan bagi persiapan peralatan dan segala kelengkapan untuk 1st camp ini. sekian sahaja assalamualaikum.. BE THE BEST AND TRY TO BE BEST AMONG THE BEST

Isnin, 2 Februari 2009

kata2 hikmah

kekuatan dan keyakinan diri dapat kita keluarkan sekiranya kita mengeluarkan dan mengabungkan 3 eliment dalam diri kita iaitu, interligent, emotional, dan spiritual, carilah dan keluarkanlah ketiga2 eliment ini, insyallah kekuatan dan keyakinan diri akan terbentuk insyallah...

Mutiara Kata...........

orang yang bijak adalah orang2 yang dapat mengawal emosi dan dirinya dari melakukan perkara2 yang tidak elok, dan kawallah diri anda dengan sebaik2nya dari pada melakukan kerosakan rohani supaya kita tergolong dalam kalangan orang2 yang bijak.. insyallah...

cuti oh cuti...

Salam, berjumpa lagi dalam blog sy, em,sudah seminggu kita bercuti, ada yang balik kampung, ada yg bercuti bersama2 kelurga mahupun rakan2, tapi yang pasti banyak benda yg dilakukan semasa bercuti pd minggu yang lalu, bagi sy cuti ini adalah masa yg terbaik untuk berehat dan menenangkan fikiran dan berhenti sejenak daripada kesebukan yag kita lakukan semasa menuntut ilmu mahupun brkerja, alhamdulilah pada hari ini ISNIN 2 febuari 2009, bersambung semula amanah dan tangunggjawab kita untuk mengikuti kuliah di fakulti masing2 setelah seminggu kita meningalkan campus, hari ini bermula dan bersambung kembali tugas dan tanggungjawab yg perlu diselesaikan, tetapi bagi saya dan rakan2 sy yang lain cuti adalah masa yang sesuai untuk membuat persedian tarakhir bagi menyediakan kelengkapan diri yg perlu kami bawa, sebelum kami mengikuti 1st camp yang akan kami jalankan pada hujung minggu ini, dan pada mingu ini kami semua kembali sebuk untuk membuat persiapan terakhir untuk menyediakansemua kelengkapan dan peralatan yang akan kami bawa bersama2 untuk menjayakan perkhemahan pertama kami. cuti sudah pn beakhir , perjuangan perlu di teruskan, kepada semua rakan2 seperjuangan semua sy mendoakan agar 1st camp kita ini akan berjalan dgn lancar dan dapat di laksanakan dengan jayanya insyallah...BE THE BEST AND TRY TO BE BEST AMONG THE BEST...berjumpa lagi wassalam.

Selasa, 20 Januari 2009

Kegembiraan seorang sahabat.................

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini, alhamdulilah dan setinggi2 kesyukuran saya panjatkan kepada tuan yang empunya dunia ini ALLAH swt, kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan perasaan gembira saya untuk dikongsikan kepada semua pembaca blog ini, pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat2 saya (studern part 2 dip) kerana berjaya untuk menjalani aktiviti camp craf yang telah kami jayakan pada hari ini. Pada hari ini kami telah mempelajari satu lagi ilmu yang penting dalam untuk menjalani aktiviti outdoor dan terima kasih saya ucapkan kepada En Hisyam kerana memberi peluang kepada kami mempelajari teknik2 mendirikan khemah( aktiviti camp craf), dalam aktiviti ini kami didedahkan bagaimana untuk mendirikan khemah penempatan dan juga khemah alatan, untuk mendirikan khemah pusat agak mudah tetapi untuk mendirikan khemah alatan agak susah, kerana untuk mendirikan khemah ini kami memerlukan kekuatan dan tenaga yang ramai, alhamdulilah kerja ini menjadi lebih mudah apabila semangat dan kerjasama yang kami tunjukan menjadikan kerja2 ini mudah. Dalam aktiviti ini kami telah mengunakan teknik2 ikatan yang kami pelajari semasa minggu kedua kelas outdoor, untuk kami mendirikan khemah2 tersebut, ternyata teknik ikatan adalah amat penting dalam untuk mendirikan khemah, alhamdulilah kami dapat lakukan aktiviti ini dengan jayanya. Apa yang saya ingin kongsikan perasaan gembira saya pada coretan ini adalah, semangat kerjasama dan team work yang kuat yang ditunjukan membuat kan saya bangga, kerana sebelum ini kami agak kurang berkerjasama tetapi apabila kami diberikan tugas yang mementingkan kerjasama ini kami menjadi lebih kuat dan rapat, ini yang membuatkan saya bangga dan saya rasakan kami seperti satu family, saya harapkan kekuatan ini dapat dikekalkan dan terus utuh insyallah. Tahniah dan terima kasih kepada semua rakan2 kerana membuat satu perubahan yang begitu hebat, dan saya doakan kita berjaya dalam outdoor recreation ini dengan cemerlang, kuatkan semangat dan bersama2 menjalankan amanah ini dengan penuh keikhlasan insyallah kita akan berjaya.. Sekian sahaja, kegembiraan saya yang dapat di kongsikan, insyallah kita akan dapat berjumpa lagi, di lain hari.. akhir kata 'BE THE BEST and TRY TO BE BEST AMONG THE BEST.....assalamualaikum.

ralat....aduhai

assalamualaikum, bertemu lagi dalam blog saya, em kali ni saya akan menyampaikan sedikit coretan mengenai ralat yang berlaku semasa saya bersama tiga lagi rakan saya ke tempat destinasi perkhemahan yang akan kami lakukan untuk 1st camp ini, ape yang mengecewakan kami adalah setibannya kami sampai di lokasi kami tidak di benarkan masuk ke tapak perkemahan, mereka tidak membenarkan kami melawat tapak perkemahan kerana atas sebab2 tertentu yang mereka berikan kepada kami, apa yang kami kecewakan adalah bukan sebab kami tidak dibenarkan untuk melawat ke tapak prkhemahan tetepi yang mengecewakan adalah layanan yang pihak mereka berikan kpd kami tidak begitu memuaskan tetapi kekecewaan kami tidak berpanjangan, dan kami berangapan ini adalah satu cabaran yang perlu kami tempuhi untuk menjayakan aktiviti outdor pertama kami. saya harapkan keralatan ini akan dapat di baiki dan di perbetulkan, sebelum saya berundur saya ingin memohon kemaafan kepada semua sekiranya coretan saya menyingong sesiapa, sekali lagi saya memohon maaf , akhir kata assalamualaikum, jumpa lagi...

Khamis, 15 Januari 2009

Kehangatan Mengundi...

Kehangatan mengundi kian terasa bahangnya, hari ini 15. 1. 2009 adalah hari yang dinantikan oleh pengundi untuk mengundi calon pilihan untuk diangkat selaku wakil fakulti untuk menjadi Majlis Perwakilan Pelajar UiTM(MPP). Kepada calon yang menag di ucapkan tahniah di atas kejayaan anda dan kepada yang tidak berjaya diharapkan tidak bersedih, dan dilain tahun boleh mencuba lagi..sekian dari saya insyallah kita berjumpa lagi di blog saya, jangan lupa add saya di blog ini, hantarkan sebarang komen anda jika perlu, dari saya wassalam.

Rabu, 14 Januari 2009

Kekuatan Menghadapi Cabaran Outdor Aktiviti

sudah hampir 3 minggu kami saya bersama rakan2 pelajar sr113 part 2 menghadiri kuliah outdor aktiviti, bnyak benda yang saya pelajari dalam kelas outdor, mingu pertama kami telah didedahkan dengan cara2 membuat blog dan topik berkaitan aktiviti yang akan kami pelajari sepanjang semester ini, minggu kedua kelas bersama En. Hisyam kami telah diajar cara2 dan teknik ikatan mengunakan tali, pada mulanya sy berasa agak kekok maklumlah saya tiada asas untuk membuat ikatan tali dengan cara yang betul, tapi akhirnya saya hampir mahir dengan teknik ikatan yang telah diajar, alhamdulilah. Minggu seterusnya iaitu masuk minggu ketiga kami telah didedahkan dengan satu lagi pelajaran yang baru iaitu cara2 membuat pertolongan cemas(first aid) untuk minggu ini kami diajar bagaimana untuk memberi pertolongan kepada mangsa yang mengalami kecederaan seperti patah tangan, shoulder dislocate, dan luka di bahagian siku dan tapak tangan, kami diajar teknik2 ikatan anduh dan balutan tangan di tempat yang mengalami kecederaan, bagi saya ilmu yang saya dapat ini adalah amat bernilai sekali kerana kita boleh menaplikasikan apa yang kita pelajari ketika menghadapi situasi yang sebenar. dalam keseronokan mengikuti pembelajaran bersama En Hisyam kami telah diberi satu tugas yang menguji kekuatan dan kerjasama antara kami iaitu kami akan menjalankan satu aktiviti camping di dua tempat yang berbeza, bagi saya ini adalah satu cabaran kepada kami kerana ini bagi saya ini adalah masa yang sesuai untuk membuktikan dan menunjukkan kebolehan kami menguruskan aktiviti yang yelah di amanahkan. Dari saya sampi di sini insyallah saya akan membuat coretan yang seterusnya..

Selasa, 30 Disember 2008

Hari pertama bersama En Hisyam

Assalamualaikum, salam sejahtera.....kelas pertama outdoor boleh dikira agak menyeronokan coz banyak benda yang dapat dipelajari berkaitan outdoor, saya berharap untuk cos ni saya dapat skor A.....