Selasa, 20 Januari 2009

Kegembiraan seorang sahabat.................

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini, alhamdulilah dan setinggi2 kesyukuran saya panjatkan kepada tuan yang empunya dunia ini ALLAH swt, kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan perasaan gembira saya untuk dikongsikan kepada semua pembaca blog ini, pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat2 saya (studern part 2 dip) kerana berjaya untuk menjalani aktiviti camp craf yang telah kami jayakan pada hari ini. Pada hari ini kami telah mempelajari satu lagi ilmu yang penting dalam untuk menjalani aktiviti outdoor dan terima kasih saya ucapkan kepada En Hisyam kerana memberi peluang kepada kami mempelajari teknik2 mendirikan khemah( aktiviti camp craf), dalam aktiviti ini kami didedahkan bagaimana untuk mendirikan khemah penempatan dan juga khemah alatan, untuk mendirikan khemah pusat agak mudah tetapi untuk mendirikan khemah alatan agak susah, kerana untuk mendirikan khemah ini kami memerlukan kekuatan dan tenaga yang ramai, alhamdulilah kerja ini menjadi lebih mudah apabila semangat dan kerjasama yang kami tunjukan menjadikan kerja2 ini mudah. Dalam aktiviti ini kami telah mengunakan teknik2 ikatan yang kami pelajari semasa minggu kedua kelas outdoor, untuk kami mendirikan khemah2 tersebut, ternyata teknik ikatan adalah amat penting dalam untuk mendirikan khemah, alhamdulilah kami dapat lakukan aktiviti ini dengan jayanya. Apa yang saya ingin kongsikan perasaan gembira saya pada coretan ini adalah, semangat kerjasama dan team work yang kuat yang ditunjukan membuat kan saya bangga, kerana sebelum ini kami agak kurang berkerjasama tetapi apabila kami diberikan tugas yang mementingkan kerjasama ini kami menjadi lebih kuat dan rapat, ini yang membuatkan saya bangga dan saya rasakan kami seperti satu family, saya harapkan kekuatan ini dapat dikekalkan dan terus utuh insyallah. Tahniah dan terima kasih kepada semua rakan2 kerana membuat satu perubahan yang begitu hebat, dan saya doakan kita berjaya dalam outdoor recreation ini dengan cemerlang, kuatkan semangat dan bersama2 menjalankan amanah ini dengan penuh keikhlasan insyallah kita akan berjaya.. Sekian sahaja, kegembiraan saya yang dapat di kongsikan, insyallah kita akan dapat berjumpa lagi, di lain hari.. akhir kata 'BE THE BEST and TRY TO BE BEST AMONG THE BEST.....assalamualaikum.

2 ulasan:

olie_8 berkata...

huhuhuh..
sem nie bru trase kn kiter 1 kelas work together..
hope smpi grad kiter sme2 k..
amin...

Apize berkata...

semoga anda semua ikhlas untuk mengikuti perkhemahan ini dengan tujuan untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dan pengetahuan dari para fasilatator dan juga pensyarah anda.